Selamat Datang - Kita Bicara Apa Saja Yang Baik-Baik

Sebagai manusia kita di berikan akal untuk mengemudi hidup untuk mencapai kemuncak kepuasan hidup.Seperti mana kita di lahirkan begitu lah semesti nya kita kembali kepada Nya.Dalam perjalanan ini...semua nya berkemungkinan...



Khamis, 16 April 2015

Perang Mahathir - Najib

1. Betapa kita sudah saksikan kekalutan. Pertembungan dua generasi yang berbeza ilham politik dan agak sama tuju hala. Malah kedua-dua nya biasa saja seperti hubungan ayah dan anak.

2. Iltizam dan kesesuaian yang cuba di senggara dalam bentuk wassatiyah yang di dominasi dalam sebutan Inggeris sebagai "moderation" yakni golongan "moderate" yang berurus dengan liberalisme dan sekularisme. Hakikat nya wassatiyah dalam Islam itu berpaksikan Tuhan yang Satu mematuhi Maqasid Syariah (AlQuran dan Sunnah) Umum tahu sekarang gejolak yang berlaku apabila iltizam sudah berbaur kemungkaran. Kepada "bapa" ia bukan lagi keikhlasan perjuangan tetapi lebih kepada percaturan minda mengukuhkan sokongan yang di mulakan dengan pelaburan modal melebihi had dan logik urusan kerajaan.

3. Lantaran itu menjerit lah para pendokong kewarasan dalam arena politik Malaysia. Suara dari desakan ramai tidak di jawab Najib dan akhir nya Mahathir sebagai "bapa" yang prihatin kepada anak cucu nya mula membantai, melepaskan keluh kesah mahukan jawapan segera. Namun seperti tiada apa berlaku, urusan Najib tetap sahaja selamba sehingga terakhir sidang yang di paparkan dalam TV 3. Namun Mahathir semakin bertanda tanya, bercerita dan menghenyak tanpa di duga. Sehingga kini gelombang negatif berleluasa di alam siber.

Sebagai rakyat Malaysia, sesiapa pun menjadi terkesima dengan sebahagian rekayasa isu politik tidak berkesudaan. Bila masa untuk Nusa dan Bangsa ? Bila masa untuk kita menjadi kompetetif dalam arena antarabangsa !

Ahad, 24 Ogos 2014

UMNO ONLINE | merentasi masa Search Results email umno on line

UMNO ONLINE | merentasi masa Search Results email umno on line

Salam kepada sidang redaksi UMNO ONLINE,



1. Suka di cadangkan buka ruang untuk beriteraksi demi tanda aras yang boleh di jadikan panduan dan meramaikan ahli-ahli Umno secara online terutama untuk anak-anak muda.



2. Buka ruang santai agar yang muda boleh merasa kewujudan Umno kerana pengaruh media siber makin meluas dan di sukai dengan wujudnya aplikasi, gajet baru yang lebih canggih di capai hujung jari.



3. Umno tidak boleh lagi dengan status ekslusif. Mesti memulakan sesuatu mencontohi parti pembangkang mempengaruhi anak-anak muda yang ingin aktif dalam berpolitik, berkareer dan berkomuniti. Libatkan mereka cara aktif ; di dalam, di pinggir dan luar bandar. Jika tidak Umno akan di lihat parti pembangkang dan bukan lagi yang utama.



4. Umno lerlu dinamik dan berdaya saing. Bersegeralah memenangi hati-hati anak Melayu. Mereka semakin terabai !